Malaysia Oversight

ChatGPT Kini Boleh Menjana Imej Lebih Konsisten dan Empat Kali Lebih Pantas

By Amanz in December 17, 2025 – Reading time 1 minute
ChatGPT Kini Boleh Menjana Imej Lebih Konsisten dan Empat Kali Lebih Pantas


ChatGPT Kini Boleh Menjana Imej Lebih Konsisten dan Empat Kali Lebih Pantas

December 17, 2025
Kecerdasan Buatan

Effi Saharudin

OpenAI mengemaskini ChatGPT Images dengan ia kini boleh menjana imej sehingga empat kali lebih pantas dan pilihan melakukan suntingan dengan lebih baik. Model GPT Image 1.5 sudah boleh diakses pelanggan hari ini.

Skrin penyuntingan imej baharu memudahkan pengguna mencipta imej yang sepadan dengan visi di dalam kepala atau mendapatkan inspirasi daripada trend semasa serta menawarkan beberapa penuras yang telah ditetapkan.

OpenAI ChatGPT Image GPT Image1.5

Ciri suntingan imej pula memastikan elemen utama seperti pencahayaan, komposisi dan output lebih konsisten dengan prom yang diberikan oleh pengguna. Dengan GPT Image 1.5, OpenAI ingin memberikan persaingan dengan Google Nano Banana yang dilihat sebagai AI generatif imej terbaik setakat ini.



Source link