Malaysia Oversight

ChatGPT Akan Memperlihatkan Iklan Untuk Pengguna Percuma Dan ChatGPT Go

By Amanz in January 17, 2026 – Reading time 1 minute
ChatGPT Akan Memperlihatkan Iklan Untuk Pengguna Percuma Dan ChatGPT Go


Sehingga kini, para pengguna perkhidmatan kecerdasan buatan ChatGPT tidak hadir dengan sebarang iklan tidak kira mereka adalah pengguna percuma ataupun berbayar.

Akan tetapi, pihak OpenAI baru-baru ini telah mengumumkan bahawa dua tahap pengguna perkhidmatan ChatGPT akan mula melihat iklan dalam masa beberapa minggu akan datang. Ini termasuklah pengguna ChatGPT percuma dan mereka yang melanggan kepada akaun berbayar ChatGPT Go.

Iklan digital dan atas talian secara lazimnya akan menjejak penggunaan internet anda untuk memberi anda iklan yang lebih bersesuaian dengan corak penggunaan anda, tetapi OpenAI mengatakan iklan yang akan disajikan kepada pengguna tidak akan terkesan dengan corak penggunaan pengguna melalui perkhidmatan ChatGPT.

image 55

OpenAI turut mengatakan bahawa mereka tidak akan menjejak penggunaan perkhidmatan tersebut, dan pengguna boleh memilih untuk menetapkan semula data yang terkumpul pada bila-bila masa apabila fungsi pengiklanan ini diperkenalkan.

image 54

JIka anda seorang pengguna akaun percuma ataupun ChatGPT Go, anda boleh memilih untuk mendapatkan langganan Plus, Pro, Business ataupun Enterprise jika anda tidak mahu melihat iklan. Laman web langganan ChatGPT tempatan sudah dikemaskini untuk memperlihatkan kemaskini baru ini.



Source link