ChatGPT Agent Kini Ditawarkan Untuk Pengguna Plus – Memudahkan Anda Arahkan AI Untuk Laksanakan Sejumlah Tugasan
July 26, 2025
•
Aman
ChatGPT sebelum ini telah memperkenalkan ChatGPT Agent, iaitu sokongan agen dikuasakan kecerdasan buatan yang boleh melaksanakan sejumlah tugasan, termasuk membuka pelayar web untuk melakukan carian, kajian, tempahan dan sebagainya. Selepas ditawarkan untuk mereka yang melanggan pelan Pro $200 sebulan, kini ChatGPT turut telah mula menawarkan akses ChatGPT Agent kepada pelanggan pelan Plus $20 sebulan.

ChatGPT Agent ini boleh melakukan tugasan seperti melayari web, menganalisa data, menjana dokumen, menjalankan kod dan sebagainya. Ia turut hadir dengan sokongan tetingkap pelayaran tersendiri untuk melakukan tugasan, serta memperlihatkan pelbagai proses yang sedang dilakukan secara berperingkat.
Ciri ini disasarkan untuk membolehkan kecerdasan buatan melakukan multi-tugasan dan paparkan kepada anda dalam bentuk akhir apabila ia selesai. Kebiasaannya, ia akan mengambil masa beberapa minit, berasaskan kepada kesukaran sesuatu tugasan. Pengguna turut boleh log masuk melalui pelayar web dalaman bagi membolehkan ia melaksanakan tugasan tambahan – seperti membeli untuk anda, memohon pekerjaan untuk anda, dan sebagainya.
Bagi anda yang menggunakan ChatGPT Plus, boleh mencuba ciri ini hari ini, dan gunakannya bukan sahaja untuk tujuan menganalisa, tetapi juga boleh digunakan dalam melakukan permohonan pekerjaan, membuat perbandingan harga, dan meminta ia menguruskan pembelian.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.