Malaysia Oversight

CFM Kini Akan Bantu Google Dalam Melaporkan Kandungan Yang Melanggar Dasar Di Google Dan YouTube

By Amanz in July 26, 2025 – Reading time 1 minute
CFM Kini Akan Bantu Google Dalam Melaporkan Kandungan Yang Melanggar Dasar Di Google Dan YouTube


CFM Kini Akan Bantu Google Dalam Melaporkan Kandungan Yang Melanggar Dasar Di Google Dan YouTube

July 26, 2025

Aman

Google kini mengumumkan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) telah dipilih dibawah Program Priority Flagger Google & YouTube. Dengan langkah ini, CFM akan bantu Google untuk melaporkan sebarang akndungan yang melanggar dasar di YouTube dan Google, dan beroperasi lebih pantas berbanding sebelum ini.

Google CFM Malaysia

Dengan pemilihan CFM juga, pelaporan kandungan turut boleh mengambil-kira konteks budaya tempatan. Selari dengannya, CFM akan diberikan akses khas untuk melaporkan kepada Google, selain turut akan terlibat dalam perbincangan dan memberikan maklum balas berkaitan dasar kandungan Google dan juga YouTube.

Selain ini, CFM juga melakukan sejumlah inisiatif lain, termasuk melindungi hak pengguna dalam sektor komunikasi dan multimedia. Melalui laman rasmi CFM, pengguna boleh melakukan pelbagai aduan, termasuk melibatkan caj bil telekomunikasi, masalah berkaitan telekomunikasi, masalah berkaitan kurier dan penghantaran, serta lain-lain, dan ia akan dibawah ke pihak sepatutnya. CFM merupakan sebuah organisasi kawal selia kendiri dibawah SKMM.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link