Malaysia Oversight

Cermin Mata Xreal 1S Dilancarkan Dengan Ciri Mengubah Kandungan 2D Menjadi 3D

By Amanz in January 5, 2026 – Reading time 1 minute
Cermin Mata Xreal 1S Dilancarkan Dengan Ciri Mengubah Kandungan 2D Menjadi 3D


Cermin Mata Xreal 1S Dilancarkan Dengan Ciri Mengubah Kandungan 2D Menjadi 3D

January 5, 2026
Realiti Maya

Effi Saharudin

Kami ramalkan tahun 2026 akan menjadi tahun cermin mata pintar mula dipasarkan secara meluas di seluruh dunia. Xreal ialah antara syarikat terawal menawarkan cermin mata XR mereka dengan Xreal 1S telah diumumkan semalam sempena acara CES 2026.

Xreal 1S A

Xreal 1S ialah kemas kini kepada Xreal One tetapi dengan skrin dipertingkatkan me resolusi lebih tinggi 1200p, lebih terang ke 700 nit dan sudut pandangan lebih lebar 52 darjah disamping nisbah skrin kini 16:10. Panel masih lagi kekal dengan kadar segar semula 120Hz. Sistem audio di bahagian tangkai cermin mata pula adalah daripada Bose.

Ciri paling menarik Xreal 1S ialah ia boleh mengubah kandungan 2D untuk kelihatan 3D secara automatik. Terdapat sokongan untuk pelbagai media dan juga permainan video untuk ciri ini. Selain digunakan sebagai cermin mata XR, ia juga boleh digunakan sebagai skrin sekunder bagi mereka yang tidak mempunyai skrin fizikal.

Apabila disambungkan kepada konsol, tablet atau telefon pintar ia boleh memberikan pengalaman menonton kandungan pada skrin maya sebesar sehingga 500 inci. Sepasang Xreal 1S dijual pada harga $499 (~RM 2033) sepasang.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link