CEO Baharu Mozilla Ingin Menambah Fungsi Dikuasakan AI Pada Ekosistem Firefox
Aman
Mozilla pada minggu ini telah melantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu yang akan menerajui perkembangan syarikat berkenaan untuk fasa seterusnya. CEO baharu Mozilla ini adalah Anthony Enzor-DeMeo, sebelum ini merupakan pengurus di Firefox.

Dibawah teraju baru ini, beliau merancang untuk terus memperluaskan produk ekosistem dibawah Firefox dan Mozilla dengan pelbagai ciri-ciri yang dikuasakan kecerdasan buatan janaan. INi secara tidak langsung akan membolehkan Mozilla melihat kepada janaan pendapatan baharu, dan tidak bergantung kepada pelesenan enjin carian semata-mata.
Pada hari ini, Google menawarkan sekitar 95% pendapatan Mozilla, dengan menjadi enjin carian utama pada Firefox. Peralihan kepada CEO baharu ini juga hadir ketika era kecerdasan buatan janaan yang semakin meningkat popular, dengan pelbagai syarikat yang kini hadir dengan penawaran pelayar web masing-masing, dan perubahan kepada penggunaan enjin carian kepada enjin pertanyaan. Perubahan ini juga dijangka mungkin mmberikan impak jangka masa panjang kepada Mozilla, dan CEO baharu perlu melihat kepada pelbagai arena lain dalam memastikan kelangsungan syarikat mereka.






