CelcomDigi ONE Kini Menawarkan Internet 500Mbps, 1 Talian Pascabayar Internet Tanpa Had, Langganan Disney+, Bermula RM240
Aman
CelcomDigi hari ini mengumumkan kemaskini kepada pelan CelcomDigi ONE dibawah mereka, membolehkan pengguna menikmati akses internet ke rumah sepantas 500Mbps, akses kepada talian pascabayar tanpa had, serta termasuk langganan Disney+, pada harga bermula RM240 sebulan.

Sebanyak dua pilihan pelan ditawarkan, iaitu ONE Ultra pada harga RM300 sebulan dan juga ONE Pro pada harga RM240 sebulan. Kedua-dua pelan menawarkan perkara asas sama. Pelan ONE Ultra pada harga langganan RM300 sebulan turut menawarkan tambahan akses langganan Disney+ Premium, dua talian pascabayar tambahan, selain beberapa perkhidmatan tambahan dibawah Celcom.
Bagi pelanggan sedia ada, boleh lakukan naik-taraf ke pelan baru ini bermula hari ini, selain ia turut dibuka untuk pendaftaran bagi para pengguna baharu.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






