Malaysia Oversight

BYD Yangwang U7 Dikemaskini Dengan Bateri 1006 km

By Amanz in January 2, 2026 – Reading time 1 minute
BYD Yangwang  U7 Dikemaskini Dengan Bateri 1006 km


BYD Yangwang U7 Dikemaskini Dengan Bateri 1006 km

January 2, 2026
Automotif

Effi Saharudin

Di media sosial sudah tular muatan status pembeli EV di Malaysia yang terpaksa menjual kenderaan tidak sampai setahun selepas dibeli. Sebab diberikan ialah terkejut dengan jarak perjalanan yang lebih pendek daripada disangka dan tidak sanggup menunggu lama untuk mengecas bateri. Di , isu ini diselesaikan dengan EV dilengkapi bateri berkapasiti tinggi seperti BYD Yangwang U7.

BYD Yangwang U7

EV sedan ini dikemaskini dengan model baharu yang dilengkapi pek bateri 150-kWh yang boleh menawarkan jarak perjalanan sehingga 1,006 km CLTC. Ini adalah lebih baik berbanding model sebelum ini yang dilengkapi bateri 135.5 kWh dengan jarak perjalanan 720 km CLTC. Selain itu BYD turut menawarkan versi PHEV dengan bateri 52.4-kWh dengan jarak 200 km sahaja.

Dengan pelancaran model U7 terkini, ia menjadikannya BEV dengan jarak perjalanan paling jauh ditawarkan oleh Yangwang sejak subjenama ini dilancarkan pada November 2023.

CNEVPost



Source link