Malaysia Oversight

Butiran Cip Intel Arrow Lake Refresh Tertiris – Mungkin Hadir Dengan Tiga Model Baru

By Amanz in November 17, 2025 – Reading time 2 minute
Intel Mengesahkan Ketibaan Siri CPU Arrow Lake Refresh Dan Nova Lake Untuk Tahun 2026


Butiran Cip Intel Arrow Lake Refresh Tertiris – Mungkin Hadir Dengan Tiga Model Baru

November 17, 2025
Intel

Nazrin

Dua bulan lalu kami ada melaporkan tentang kewujudan siri cip pemprosesan Intel Arrow Lake Refresh sebelum mereka memperkenalkan siri cip pemprosesan Nova Lake yang akan dibina menggunakan teknologi pengilangan cip semikonduktor baru Intel 18A.

Terkini, nampaknya butiran mengenai siri cip pemprosesan Arrow Lake Refresh telah tertiris, dan memperlihatkan tiga buah cip pemprosesan yang merupakan penaiktarafan daripada model-model cip pemprosesan sedia ada.

Cip pertama ialah Intel Core Ultra 9 290K Plus, yang merupakan penaiktarafan daripada Intel Core Ultra 9 285K dengan jumlah teras sama (8P+16E) tetapi dengan kelajuan Thermal Velocity Boost 5.8GHz berbanding dengan 5.7GHz sebelum ini.

image 51

Cip kedua pula ialah Intel Core Ultra 7 270K Plus, iaitu cip Intel Core Ultra 7 265K dengan empat teras Efficiency yang lebih banyak, yang kini mempunyai gabungan 8P+16E teras, sama seperti apa yang diperlihatkan pada siri Intel Core Ultra 9.

CIp ketiga ialah Intel Core Ultra 5 250K Plus, iaitu cip Intel Core Ultra 5 245K yang kini hadir dengan empat teras Efficiency tambahan, menjadikan jumlah terasnya sebanyak 6P+12E, dan juga teras Performance yang hadir dengan kelajuan 100MHz lebih pantas.

Kesemua cip-cip pemprosesan ini dilihat masih akan menyokong papan induk Intel LGA 1851 sedia ada, dan akan menyokong memori DDR5-7200, lebih pantas berbanding dengan memori DDR5-6800 yang disokong oleh cip-cip pemprosesan Arrow Lake asal.

Dari segi pelancaran, apa yang diketahui setakat ini ialah cip-cip Intel Arrow Lake Refresh ini akan dilancarkan pada tahun hadapan, dan mereka yang mahu menaiktaraf CPU Arrow Lake sedia ada boleh melakukannya tanpa peru menukar komponen lain.

VideoCardz

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link