Malaysia Oversight

Butiran Cip AMD Ryzen AI 9 HX 470 “Gorgon Point” Tertiris

By Amanz in November 20, 2025 – Reading time 1 minute
Butiran Cip AMD Ryzen AI 9 HX 470 “Gorgon Point” Tertiris


Pada minggu lepas kami telah melaporkan bahawa AMD mengumumkan butiran pelan masa hadapan mereka berkenaan cip-cip pemprosesan yang akan dilancarkan sepanjang dua tahun akan datang. Diantaranya termasuklah siri cip APU (Advanced Processing Unit) Gorgon Point dan Medusa Point.

Terkini, butiran mengenai salah satu daripada cip APU tersebut, Gorgon Point sudahpun tertiris ke arena web melalui perisian penanda-aras SiSoft yang memperlihatkan nama model cip AMD Ryzen AI 9 HX 470. Melalui tangkapan layar penanda-aras tersebut, ia dilihat digabungkan bersama-sama cip pemprosesan grafik AMD Radeon 890M yang merupakan sebuah cip grafik RDNA 3.5.

image 64

Spesifikasi dan kelajuan cip pemprosesan ini menunjukkan bahawa ia hadir dengan 12 teras fizikal dan 24 bebenang kuasa berasaskan teknologi cip ZEN 5 sedia ada dengan kelajuan asas 2.0GHz dan kelajuan lewahjam 5.25GHz.

Spesifikasi cip pemprosesan ini dilihat menyerupai cip pemprosesan Strix Halo AMD Ryzen AI 9 HX 370 yang dilancarkan sebelum ini, tetapi dengan kelajuan lewahjam yang lebih pantas berbanding cip sebelumnya.

Selain daripada itu, ia tidak diketahui apakah perbezaan lebih ketara yang dapat diperlihatkan pada cip Gorgon Point ini, kecuali bahawa ia mungkin akan menyokong kelajuan memori yang lebih pantas kelak.

SiSoft



Source link