
Bursa Gold Dinar Kini Memaklumkan Berkenaan Insiden Melibatkan Data Pengguna
Aman
Bursa Gold Dinar merupakan salah satu produk dibawah Bursa Malaysia yang memudahkan pengguna dalam membeli emas dengan mudah. Terbaru, pada hari ini, pihak Bursa Gold Dinar memaklumkan para pengguna mereka berkenaan sebuah insiden yang berlaku baru-baru ini melibatkan pengurusan data.
Menurut Bursa Gold Dinar, penyedia pihak ketiga yang menguruskan data mengalami masalah pada perkakasan dan sistem storan, sekaligus mengakibatkan beberapa data pelanggan terkesan dan hilang. Data yang terlibat dikatakan adalah imej kad pengenalan dan juga video pengesahan pengguna.
Bursa Gold Dinar menekankan yang mana masalah ini berlaku disebabkan permasalahan perkakasan, dan bukannya insiden sekuriti atau godaman. Bursa Gold Dinar telah turut memaklumkan pihak berkuasa berkenaan dengan insiden ini. Ia turut dikatakan mereka akan meminta pengguna untuk melakukan pengesahan identiti dan eKYC semula dalam masa terdekat ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.





