Malaysia Oversight

Bolt Kini Menyertakan Kiraan Tol Dalam Paparan Tambang Perjalanan – Tidak Perlu Ditambah Secara Berasingan

By Amanz in May 8, 2025 – Reading time 1 minute
Bolt Kini Menyertakan Kiraan Tol Dalam Paparan Tambang Perjalanan – Tidak Perlu Ditambah Secara Berasingan


Automotif

Bolt Kini Menyertakan Kiraan Tol Dalam Paparan Tambang Perjalanan – Tidak Perlu Ditambah Secara Berasingan

May 7, 2025

Aman

Bolt kini menjadi perkhidmatan seru-pandu pertama di Malaysia yang memaparkan kiraan tambang penuh pada aplikasi – dimana mereka turut menyertakan kiraan tol dalam perjalanan. Ini sekaligus memudahkan pengguna merancang perjalanan mereka, dan tidak terkejut apabila perlu ditambah secara berasingan selepas selesai perjalanan.

Bolt Tol

Sebelum ini, pelbagai perkhidmatan seru-pandu melaksanakan penambahan kos tol pada penghujung perjalanan. Ini membuatkan pengguna perlu mengeluarkan kos tambahan berbanding tambang yang dipaparkan, sementara pemandu perlu ingat dan memasukkan kos tol pada penghujung perjalanan untuk kiraan tambang akhir.

Kemaskini baharu ini telah mula diperkenalkan kepada pengguna, dan pengguna turut boleh menyemak kos tambang menyeluruh melalui aplikasi Bolt – termasuk tol, sebelum melakukan tempahan seru-pandu.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link