Malaysia Oversight

BMW Melancarkan BMW i5 eDrive40 M Sport – EV Pertama Mereka Yang Dipasang Di Malaysia

By Amanz in January 15, 2026 – Reading time 2 minute
BMW Melancarkan BMW i5 eDrive40 M Sport – EV Pertama Mereka Yang Dipasang Di Malaysia


BMW Melancarkan BMW i5 eDrive40 M Sport – EV Pertama Mereka Yang Dipasang Di Malaysia

January 15, 2026
Automotif

Ikhwan Nazri

Meneruskan agenda mobiliti mereka di Malaysia, hari ini BMW memperkenalkan model BMW i5 yang dipasang di kilang pemasangan Kulim, Kedah dan juga merupakan kereta elektrik pertama mereka yang melalui pemasangan tempatan. Model pemasangan tempatan ini juga akan dipasarkan untuk rantau Asia Pasifik, dan turut membawakan beberapa pembaharuan berbanding model tahun lepas yang diimport dari Jerman.

BMW i5 Malaysia CKD IMG 2746

Antara pembaharuan yang hadir untuk BMW i5 versi pemasangan tempatan ini adalah elemen M Sport Pro dengan rim 20-inci dan sistem brek cakera M Sport dalam warna biru gelap metalik. Hiasan dalaman juga kini berlainan, dengan kemasan kulit BMW Individual Merino, kemasan berlainan pada stereng pemanduan, tali pinggang keledar dan juga tempat duduk. 

BMW i5 Malaysia CKD 32. All New Locally Assembled BMW i5 eDrive40 M Sport Pro

Melengkapi ruang dalaman adalah 18 pembesar suara Bowers & Wilkins, paparan melengkung BMW Curved Display iaitu gabungan paparan intstrumen bersaiz 12.3-inci dan paparan inforia bersaiz 14.9-inci. Ia juga mempunyai bumbung lutcahaya panorama dan juga ruang bagasi seluas 490L. 

BMW i5 Malaysia CKD 20. All New Locally Assembled BMW i5 eDrive40 M Sport Pro

Dari segi prestasi, BMW i5 ini  merupakan pacuan belakang motor elektrik berkuasa 250 kW 340hp dan 430 Nm tork yang boleh memecut 0-100 km/j dalam masa 6 saat dan boleh mencapai kelajuan maksimum 193 km/j. Ia juga mempunyai bateri sebesar 83.9 kWh yang memberikan jarak perjalanan sejauh 627km WLTP. Untuk pengecasan pantas pula adalah sehingga 205 kW membolehkan pengecasan 10-80% dalam masa 34 minit, manakala pengecasan AC 22kW membolehkan pengecasan 0-100% dalam masa sekitar 4 jam 15 minit.Sebagai kereta elektrik mewah, BMW i5 turut dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri pintar yang lain seperti Live Cockpit Professional, Connected Drive, sistem swapandu tahap 2 dan juga sistem rakaman BMW Drive Recorder. 

BMW i5 Malaysia CKD IMG 2751

BMW i5 eDrive 40 M Sport ini dijual pada harga RM 368,800 dan hadir dengan jaminan selama 5 tahun tanpa had perbatuan, termasuklah penyelenggaran selama 5 tahun atau 100,000 KM jarak perbatuan. Bagi jaminan bateri pula adalah selama 8 tahun, dan penyelenggaran selama 6 tahun tanpa had perbatuan. Dengan hadirnya BMW i5 versi pemasangan tempatan ini, kita bakal melihat lebih banyak lagi kereta elektrik BMW yang bakal dipasang di Kulim, Kedah pada masa hadapan.



Source link