Bilangan BNPL Meningkat Kepada 6.5 Juta Akaun Aktif Dengan Transaksi Cecah RM9.3 Bilion
July 22, 2025
•
Amy Maizuraa
Perkhidmatan beli sekarang, bayar kemudian (BNPL) menunjukkan peningkatan ketara di Malaysia apabila jumlah akaun aktif melonjak kepada 6.5 juta setakat akhir Jun 2025 berbanding 5.1 juta akaun pada akhir tahun 2024.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying memaklumkan jumlah transaksi BNPL bagi separuh pertama tahun ini mencecah 102.6 juta, yang meningkat daripada 83.8 juta transaksi pada separuh kedua tahun lalu. Nilai keseluruhan transaksi turut meningkat sebanyak 31 peratus menjadikan jumlahnya RM9.3 blion berbanding RM7.1 bilion sebelumnya.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap kesan BNPL terhadap penguna yang berisiiko tinggi terutamanya mereka yang berpendapatan rendah, tidak tetap tau kurang pengetahun dalam pengurusan kewangan. Tambahan pula, terdapatnya aduan mengenai tindakan kasar oleh pemungut hutang serta penipuan oleh individu yang menyamar sebagai pembantu pengurusan hutang.
Untuk menangani isu berkenaan, kerajaan bercadang menubuhkan Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) di bawah Rang Undang-Undang Kredit Pengguna (RUUKP). SKP akan bertanggungjawab mengawal selia sektor perniagaan kredit yang sebelum ini tidak tertakluk kepada pengawasan melalui sistem pelesenan dan pendaftaran yang lebih ketat.

Ia akan melibatkan enam jenis perniagaan yang dibahagikan kepada dua kategori. Kumpulan pertama merangkumi BNPL, pemajakan, dan pemfaktoran (termasuk patuh syariah) yang memerlukan lesen SKP. Manakala, kumpulan kedua meliputi pemungutan hutang, pemerolehan pinjaman atau pembiayaan terjejas, serta kaunseling dan pengurusan hutang yang perlu didaftarkan.

Selain itu, dua jenis perniagaan lain seperti pembiayaan patuh syariah dan pemajakgadaian Ar-Rahnu akan dikawal selia oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.