Beta Umum iOS 26, iPadOS 26, macOS Tahoe 26, watchOS 26 dan tvOS 26 Kini Boleh Dimuat Turun
July 25, 2025
•
Effi Saharudin
Masanya telah tiba jika anda ingin menggunakan sistem operasi terbaru Apple lebih awal daripada orang lain. Beta umum iOS 26, iPadOS 26, macOS Tahoe 26, watchOS 26 dan tvOS 26 kini boleh diakses sesiapa sahaja yang berminat membolehkan anda melihat sendiri rekaan antaramuka baharu Liquid Glass.

Menerusi sistem operasi versi 26 ini, kesemua peranti di bawah ekosistem Apple akan mempunyai antaramuka yang konsisten. Selama ini antaramuka macOS misalnya berlainan sekali dengan iPadOS. Jika anda menggunakan iPhone, kami telah senaraikan 26 model yang akan menerima iOS 26.
Perubahan yang diumumkan di WWDC tahun ini membawakan perubahan paling pada antaramuka sistem operasi sejak 13 tahun yang lalu. Rekaan rata digantikan dengan rekaan berkaca. Muncul spekulasi ini adalah bagi membiasakan pengguna dengan antaramuka lut cahaya apabila cermin mata pintar pertama Apple dilancarkan kelak.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.