Malaysia Oversight

Bell X-76 Ialah Nama Rasmi Pesawat Program SPRINT VTOL Dengan Kipas Boleh Lipat

By Amanz in March 10, 2026 – Reading time 2 minute
Bell X-76 Ialah Nama Rasmi Pesawat Program SPRINT VTOL Dengan Kipas Boleh Lipat


Bell X-76 Ialah Nama Rasmi Pesawat Program SPRINT VTOL Dengan Kipas Boleh Lipat

March 10, 2026
Aeronautik

Effi Saharudin

Pada tahun 2021, Bell menunjukkan konsep tiga pesawat di konsep di bawah projek Pesawat Terbang Menegak Berkelajuan Tinggi (HSVTOL). Ia menggabungkan kemampuan terbang menegak seperti helikopter pesawat Bell V-280 Valor dengan kemampuan terbang mendatar pantas menggunakan enjin jet.

Bell X 76 SPRINT B

Pesawat konsep ini telah dipilih oleh DARPA ke fasa kedua projek Speed and Runway Independent Technologies (SPRINT) tahun lalu. Semalam DARPA mengumumkan program SPRINT akan ke fasa ketiga dengan pesawat kini menggunakan nama rasmi Bell X-76 dengan sasaran penerbangan rasmi menjelang 2028.

Bell dipilih kerana mereka sudahpun berjaya menguji sistem kipas yang boleh dilipat apabila pesawat terbang secara mendatar tahun lalu. Konsep asal HSVTOL terdiri daripada pesawat kargo, pesawat membawa tentera infantri dan satu lagi dalam bentuk dron kecil. Bell X-76 akan mempunyai versi diterbangkan manusia atau secara swaterbang.

Bell X 76 SPRINT B 1

Bell X-76 ingin digunakan bagi menghasilkan pesawat kargo yang boleh mendarat dan terbang di mana-mana sahaja secara menegak. Dalam mod kapal terbang dan kipas helikopter dilipat, ia terbang pada kelajuan melebihi 400 knot. Apabila perlu mendarat, kipas akan dibuka semula dan ia beroperasi seperti helikopter. Ia perlu mempunyai kemampuan terbang tanpa landasan konvensional dan kawasan yang tidak tersedia.

Ini kerana Tentera Amerika Syarikat ingin bersedia sekiranya perang merentasi pulau berlalu di Asia sekiranya ingin meluaskan kuasanya. Pesawat kargo yang akan dibina kelak akan dilengkapi sayap selebar 40 meter dengan ruang kargo selebar 40 kaki.

Selain melaburkan dana dalam program pembangunan pesawat hibrid ini, USAF juga sedang membangunkan sistem Rocket Cargo yang boleh menghantar keperluan ketenteraan di mana-mana lokasi dunia dalam masa sejam menggunakan roket. SpaceX dan Rocket Lab Inc telahpun dipilih dengan setiap roket perlu membawa sehingga membawa sehingga 82 tan kargo yang sama dengan kapasiti pesawat kargo Boeing C-17 Globemaster III yang digunakan sekarang.



Source link