Beeper Dilancarkan Semula – Aplikasi Permesejan Semua Dalam Satu, Milik Syarikat Sebalik WordPress
July 17, 2025
•
Aman
Automattic, syarikat sebalik WordPress sedia mengambil-alih perkhidmatan permesejan semua dalam satu, Beeper sebelum ini. Beeper memfokuskan integrasi pelbagai perkhidmatan permesejan sedia ada dalam satu, sekaligus memudahkan para pengguna untuk menguruskan perbualan dan komunikasi rentas platform.

Melalui kemaskini baharu ini, ia hadir dengan sekuriti dan privasi lebih baik, selain turut hadir dengan sokongan langganan berbayar. Sokongan berbayar ini menyertakan beberapa ciri-ciri, termasuk kebolehan menjadualkan penghantaran mesej, menambah peringatan, menyokong multi-akaun, dan sokongan AI untuk transkripsi mesej suara.
Bagi anda yang berminat, boleh mencuba Beeper hari ini dengan memuat-turunnya hari ini. Beeper ditawarkan percuma, tetapi hadir dengan langganan berbayar.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.