Australia Haramkan Individu Bawah 16 Tahun Menggunakan Media Sosial Bermula Hari Ini
Effi Saharudin
Australia mula mengharamkan individu bawah 16 tahun daripada mengakses platform media sosial bermula hari ini. RUU ini diluluskan November tahun lalu dengan laman yang membenarkan akses kepada pengguna bawah umur boleh dikenakan denda sehingga A$49.5 juta (~RM 135 juta) a
Laman yang terlepas daripada penguatkuasaan setakat ini hanyalah Discord, GitHub, LEGO Play, Roblox, Steam, Steam Chat, Google Classroom, Messenger, WhatsApp dan YouTube Kids kerana sudahpun mempunyai ciri menghalang pengguna bawah umur secara terbina.

Walaupun senarai telah diterbitkan, Pesuruhjaya eKeselamatan Australia mengatakan ia bukan senarai statik kerana sifat teknologi yang pantas berubah. Apabila platform teknologi baharu muncul atau platform sedia ada mengubah tujuannya, mereka mungkin menilai semula perkhidmatan tersebut.
Langkah mengharamkan terus penggunaan platform yang dilabel sebagai “media sosial” Australia ialah yang paling ketat di dunia setakat ini dan ia kini menjadi templat penguatkuasaan di negara lain seperti Indonesia.
Di Malaysia, Kementerian Komunikasi sistem eKYC perlu digunakan pemilik platform atas alasan “melindungi pengguna bawah 16 tahun” bermula tahun 2026 dengan pendaftaran akaun baharu tidak lagi dibenarkan. Tidak seperti Australia, Malaysia tidak mengenakan kompaun ke atas pemilik laman atau ibu bapa yang masih membenarkan remaja bawah umur mengakses media sosial.






