Atlas Menawarkan Storan Data Dalam Rantaian DNA
Effi Saharudin
Medium simpanan data masing-masing mempunyai tarikh lupat. Cakera padat misalnya hanya bertahan selama beberapa dekat sebelum lapisan mula tercabut. Storan dalam bentuk pita magnet pula hanya bertahan sehingga 50 tahun. Hakikatnya ialah data akan hilang tanpa medium yang boleh bertahan lebih lama.

Atlas Data Storage sebuah syarikat berpangkalan di Amerika kini menawarkan penyimpanan data dalam DNA. Produk pertama mereka ialah Atlas Eon 100 dengan data yang ingin disimpan dimasukkan terus rantaian gen DNA dan selepas itu dinyahidrat ke dalam bentuk serbuk. Menurut Atlas ini membolehkan data disimpan sehingga ribuan tahun seperti bagaimana ahli sains boleh membaca DNA haiwan purba sekarang.
Menurut mereka lagi, kerana DNA diperlukan untuk tujuan perubatan data yang tersimpan masih boleh dibaca oleh semua saintis beribu-ribu tahun di masa hadapan oleh saintis tanpa memerlukan perkakasan khas. Ini tidak seperti teknologi penyimpanan data semasa yang memerlukan alat khas untuk membacanya semula.
Atlas belum mendedahkan berapa saiz storan yang mereka tawarkan atau kos untuk menggunakan perkhidmatan mereka.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






