Malaysia Oversight

ASUS V600 AiO Dijual Di Malaysia Pada Harga RM3599

By Amanz in December 16, 2025 – Reading time 1 minute
ASUS V600 AiO Dijual Di Malaysia Pada Harga RM3599


ASUS V600 AiO Dijual Di Malaysia Pada Harga RM3599

December 16, 2025
Asus

Amy Maizuraa

ASUS hadir dengan pilihan komputer kerja desktop semua-dalam-satu baharu di Malaysia. Melaluinya, mereka memperkenalkan ASUS V600 AiO (VM640KA) yang boleh didapati pada harga RM3599 sebuah. Anda yang berminat boleh mendapatkannya di kedai dan pengedar sah ASUS bermula sekarang.

ASUS V600 AiO 002

ASUS V600 AiO dilengkapi skrin 23.8 inci FHD (1920 x 1080) dengan nisbah aspek 16:9. Selain itu, peranti menawarkan nisbah skrin-ke-badan mencapai 93%, kecerahan puncak 250 nits serta gamut warna penuh 100% sRGB. Dari segi prestasi, ia dikuasakan oleh CPU AMD Ryzen AI 5 330 berkelajuan 2.0 GHz bersama GPU AMD Radeon 840M. Peranti ini turut hadir dengan memori 16GB DDR5 SO-DIMM dan storan dalaman 512GB M.2 NVMe PCIe 4.0 SSD.

ASUS new 001

Turut disertakan ialah kamera FHD dengan sokongan IR serta Windows Hello bersama pembesar suara terbina. Dari segi pilihan I/O, peranti ini menawarkan 1x Kensington lock, 1x bicu audio 3.5mm, 1x USB 2.0 Type-A, 1x DC-in, 1x RJ45 Gigabit Ethernet, 1x HDMI out 2.1b, 1x HDMI in 1.4, 3x USB 3.2 Gen 1 Type-A dan 1x USB 3.2 Gen 1 Type-C. Bagi pilihan warna, hanya satu varian disediakan iaitu hitam.



Source link