Malaysia Oversight

ASUS ROG Matrix Platinum GeForce RTX 5090 Akan Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

By Amanz in November 24, 2025 – Reading time 2 minute
ASUS ROG Matrix Platinum GeForce RTX 5090 Akan Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi


ASUS ROG Matrix Platinum GeForce RTX 5090 Akan Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

November 24, 2025
Asus

Nazrin

Jika model kad grafik ASUS ROG Astral GeForce RTX 5090 adalah terlalu “keemasan” untuk anda, ASUS hari ini turut memperkenalkan satu lagi kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5090 yang baru, iaitu ASUS ROG Matrix Platinum GeForce RTX 5090.

Kad grafik ini hadir dengan penjenamaan “Matrix” yang mana ia merupakan siri kad grafik paling berkuasa dalam siri kad grafik ASUS yang sudah lama tidak digunakan. Terkini, dengan ROG Matrix GeForce RTX 5090, kad grafik ini dilihat sebagai model paling berkuasa dan “lengkap” yang dikeluarkan ASUS.

image 69

Bermula dengan rekaan kad grafik, ROG Matrix GeForce RTX 5090 ini hadir dengan rekaan klasik hitam dan merah, digabungkan dengan rekaan “unik” serba baru yang merumahkan empat kipas penyejukan, tiga di bahagian hadapan dan satu di bahagian belakang.

Membantu penyejukan cip pemprosesan kad grafik ini ialah bongkah penyejukan dan paip haba yang diperbuat daripada tembaga dan sirip haba yang diperbuat dari aluminum. Menggunakan proses pengilangan ASUS Auto Extreme, kad grafik ini juga hadir dengan penyejukan cecair logam untuk mengalirkan haba dari cip pemprosesan dengan lebih pantas, tetapi cukup selamat untuk ia tidak menyebabkan renjatan elektrik.

image 70

Dalam pada itu, kad grafik ini juga hadir dengan dua pilihan input kuasa, iaitu PCIe 12V-2×6 untuk papan induk biasa, dan juga palam BTF-GC-HPWR jika anda mahu menggunakan kad grafik ini dengan papan induk yang menyokong konsep BTF dengan palam yang disorok di bahagian belakang.

image 71

Semua ini juga adalah untuk memastikan bahawa kad grafik ROG Matrix GeForce RTX 5090 ini menyokong pelbagai jenis konfigurasi dan keperluan penyejukan. Jika anda mahu menggunakan kad ini dengan penyejukan nitrogen cecair, ia juga hadir dengan fungsi Memory Defroster yang akan mempercepatkan proses penyahbekuan komponen VRAM yang terbina (32GB GDDR7) pada kad grafik ini.

Kad grafik ini hadir dengan jumlah terhad, sebanyak 1000 unit sahaja secara global dengan tanda harga $3999 untuk pasaran global. ASUS Malaysia mengesahkan bahawa ia akan memasuki pasaran tempatan pada bulan Disember ini dengan harga yang akan ditetapkan kelak.

ASUS ROG

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link