Malaysia Oversight

ASUS Dilaporkan Tidak Akan Melancarkan Peranti Pintar Baru Pada Tahun Ini

By Amanz in January 5, 2026 – Reading time 1 minute
ASUS Dilaporkan Tidak Akan Melancarkan Peranti Pintar Baru Pada Tahun Ini


ASUS Dilaporkan Tidak Akan Melancarkan Peranti Pintar Baru Pada Tahun Ini

January 5, 2026
Lain-lain

Nazrin

Salah satu peranti pintar kegemaran kami di Amanz ialah siri peranti pintar gaming ASUS ROG Phone yang selalunya akan hadir setiap tahun dengan spesifikasi dalaman yang paling berkuasa di pasaran.

Kami pasti bahawa ramai juga yang menantikan apakah perkembangan mengenai pelancaran produk terbaru keluaran jenama gaming tersebut, tetapi nampaknya laporan yang keluar dari Taiwan mengatakan bahawa ASUS tidak akan memperkenalkan sebarang peranti pintar baru pada tahun ini, yang biasanya akan terdiri daripada ASUS ROG Phone dan ASUS ZenFone.

ASUS ROG Phone 9 Back

Menurut laporan tersebut, harga komponen-komponen dalaman seperti memori dan storan yang meningkat berkali ganda telah menyebabkan ASUS untuk membuat keputusan tersebut. Jangkaannya ialah pada tahun ini, ASUS akan memfokuskan terhadap pembangunan dan pengeluaran peranti-peranti komputer mereka, dan akan menunda pembangunan peranti pintar baru.

Walaupun begitu, ia tidak bermakna bahawa ASUS akan menutup bahagian peranti pintar mereka, dan mereka akan terus memperkenalkan kemaskini ciri dan sekuriti untuk peranti-peranti sedia ada mereka, seperti ASUS ROG Phone 9 dan ASUS ZenFone 12.

Jangkaannya ialah ASUS mungkin akan kembali memperkenalkan peranti-peranti pintar mereka pada tahun 2027 dimana harga komponen memori diharap turun kembali ke harga sebelum ini.

Digitimes



Source link