Apple Watch Ultra 3, Series 11 dan SE 3 Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM1049
Effi Saharudin
Apple Watch Ultra 3, Series 11 dan SE 3 kini boleh dibeli di Malaysia hampir sebulan selepas dilancarkan di acara khas Apple bulan lalu. Apple ini Watch Ultra 3 hadir dengan skrin LTPO3, dan sistem AOD pada muka jam dapat disegar semula lebih pantas berbanding generasi sebelumnya. Skrin diperbuat daripada kaca nilam yang lebih tahan lasak berbanding Apple Watch biasa. Tubuh titanium pula melepasi piawaian WR100 membolehkan ia dibawa menyelam sehingga 40 meter dan kali air serta debu IP6X.

Cip Apple S10 digunakan dengan ia dipadankan dengan bateri yang boleh bertahan sehingga 72 jam dalam mod kuasa rendah dan 42 jam dalam mod biasa. Pengecasan selama 15 minit sahaja boleh memberikan penggunaan sehingga 12 jam kali ini.
Jam tangan pintar ini juga buat kali pertama menyokong rangkaian 5G sama seperti yang disokong pada Apple Watch Series 11 dan juga komunikasi satelit dalam situasi kecemasan. Jam tangan ini boleh menghantar SMS dan lokasi bagi mendapatkan bantuan.
Ia diberikan kemampuan mengesan penyakit darah tinggi. Ini dilakukan dengan menganalisa data selama 30 hari. Ia ciri yang ditambah selain mengekalkan kemampuan menjejak aktiviti menyelam, renang, berbasikal, larian l

Apple Watch Series 11 juga menyokong rangkaian selular 5G serta boleh mengesan penyakit darah tinggi. Dari segi rekaan ia masih lagi sama seperti Series 10 iaitu tubuh nipis dengan skrin yang besar. Dua saiz ditawarkan iaitu 42mm dan 46mm dengan tubuh pula hadir dengan pilihan aluminium atau titanium.
Cip Apple S10 digunakan dengan ia dipadankan dengan bateri yang boleh bertahan sehingga 38 jam dalam mod kuasa rendah, dan 24 jam dalam mod biasa. Pengecasan selama 15 minit sahaja boleh memberikan penggunaan sehingga 8 jam kali ini.

Skrin Ion-X tahun ini dipertingkat dengan ia dua kali ganda lebih tahan calar berbanding Series 10. Tubuh pula melepasi piawaian WR 50M dan IP6X membolehkan jam dibawa menyelam sehingga 6 meter. Sensor jam pula mempunyai kemampuan mengesan penyakit darah tinggi. Ini dilakukan dengan menganalisa data selama 30 hari.

Akhir sekali Apple Watch SE 3 dilengkapi cip Apple S10, skrin dengan Always on Display serta kemampuan mengesan apnea tidur. Model lebih mampu milik ini turut dilengkapi skrin Ion-X baharu dengan ketahanan empat kali ganda berbanding skrin SE 2. Ia ditawarkan dalam dua saiz iaitu 40mm dan 44mm.
Bateri boleh bertahan sehingga 18 jam dengan sekali caj dalam mod biasa, 32 jam dalam mod kuasa rendah dan pengecasan selama 15 minit sahaja boleh memberikan penggunaan sehingga 8 jam kali ini. Yang membezakan Watch SE 3 degan Watch Series 11 ialah jam tangan ini tiada sensor EKG, tidak boleh menyukat kandungan oksigen dalam darah dan tiada ciri mengesan darah tinggi.
Harga jualan ketiga-tiga model Apple Watch baharu ini adalah seperti di bawah.
- Apple Watch Ultra 3 – RM3,699
- Apple Watch Hermes Ultra 3 En Mer – RM 6399
- Apple Watch Hermes Ultra 3 Scub’H Diving – RM 7049
- Appple Watch Series 11 (aluminium, GPS, 42mm) – RM 1799
- Appple Watch Series 11 (aluminium, 5G, 42mm) – RM 2299
- Appple Watch Series 11 (aluminium, GPS, 46mm) – RM 1949
- Appple Watch Series 11 (aluminium, 5G, 46mm) – RM 2449
- Appple Watch Series 11 (titanium, 5G, 42mm) – RM 3299
- Appple Watch Series 11 (titanium, 5G, 46mm) – RM 3549
- Appple Watch Hermes Series 11 (5G, 42mm) – RM 5499
- Appple Watch Hermes Series 11 ( 5G, 46mm) – RM 5749
- Appple Watch SE 3 (GPS, 40mm) – RM 1049
- Appple Watch SE 3 (5G, 40mm) – RM 1299
- Appple Watch SE 3 (GPS, 44mm) – RM 1199
- Appple Watch SE 3 (5G, 44mm) – RM 1449
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






