Apple Watch Ultra 3 Kini Dengan Skrin LTPO, 5G dan Bateri 72 Jam – Bermula RM 3699
Effi Saharudin
Apple Watch Ultra 3 turu dikemaskini selain Apple Watch Series 11 dan Apple Watch SE 3. Jam tangan paling tahan lasak Apple ini diberikan skrin yang lebih besar LTPO3 menerusi bezel yang lebih nipis. Dengan sokongan sehingga 1Hz sahaja, sistem AOD pada muka jam dapat disegar semula lebih pantas berbanding generasi sebelumnya.

Cip Apple S10 digunakan dengan ia dipadankan dengan bateri yang boleh bertahan sehingga 72 jam dalam mod kuasa rendah dan 42 jam dalam mod biasa. Pengecasan selama 15 minit sahaja boleh memberikan penggunaan sehingga 12 jam kali ini. Jam tangan pintar ini juga buat kali pertama menyokong rangkaian 5G sama seperti yang disokong pada Apple Watch Series 11.

Skrin diperbuat daripada kaca nilam yang lebih tahan lasak berbanding Appl eWatch biasa. Tubuh titanium pula melepasi piawaian WR100 membolehkan ia dibawa menyelam sehingga 40 meter dan kali air serta debu IP6X.
Seperti pada Apple Watch Series 11, Watch Ultra 3 juga diberikan kemampuan mengesan penyakit darah tinggi. Ini dilakukan dengan menganalisa data selama 30 hari. Ia ciri yang ditambah selain mengekalkan kemampuan menjejak aktiviti menyelam, renang, berbasikal, larian lasak dan butang khas penggera ketika situasi kecemasan.

Juga seperti yang telah diumumkan di WWDC, penggunaan watchOS 26 membawakan ciri baharu Sleep Score bagi melihat pola tidur yang lebih, mod alih bahasa masa nyata diaktifkan, dialog perbualan akan dipaparkan pada muka jam, Siri lebih pintar pada jam dan Workout Buddy yang menjadi jurulatih maya untuk pemakai.
Apple Watch Ultra 3 ditawarkan dalam warna natural dan black dengan harga bermula RM3,699. Pratempahan dan jualan di Malaysia belum diumumkan tetapi tali jam baharu untuk Apple Watch UItra boleh dibeli bermula 19 September
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.