Apple TV+ Dijenamakan Semula Sebagai Apple TV
Aman
Apple hari ini mengumumkan mereka akan menjenamakan semula perkhidmatan penstriman mereka daripada Apple TV+ kepada hanya Apple TV. Sebab utama disebalik penjenamaan ini tidak dinyatakan oleh Apple.

Sebelum ini, Apple telah memperkenalkan perkhidmatan penstriman Apple TV+ ini pada tahun 2019 yang lepas. Melaluinya, ia menawarkan sejumlah kandungan eksklusif yang diterbitkan khusus untuk platform penstriman berkenaan.
Buat masa ini, penjenamaan ini mungkin sedikit mengelirukan, memandangkan Apple sedia menawarkan perkakasan dengan nama sama, iaitu Apple TV yang boleh dihubungkan ke kaca televisyen. Dengan penjenamaan ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah impaknya dan bagaimanakah pihak Apple akan membezakan kedua-dua penawaran ini.
Di Malaysia, perkhidmatan penstriman Apple TV ini ditawarkan pada harga RM29.90 sebulan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






