Malaysia Oversight

Apple Tidak Dibenarkan Menghalang Pembayaran Luar App Store Di Amerika Syarikat

By Amanz in May 1, 2025 – Reading time 1 minute
Apple Tidak Dibenarkan Menghalang Pembayaran Luar App Store Di Amerika Syarikat


Apple

Tidak Dibenarkan Menghalang Pembayaran Luar App Store Di Amerika Syarikat

May 1, 2025

Effi Saharudin

Hakim sebuah mahkamah di Amerika Syarikat hari ini mengharamkan daripada menghalang pembangun aplikasi memberikan pilihan kepada pengguna untuk melakukan pembayaran di luar ekosistem App Store. Arahan berkuat kuasa serta merta dan dikeluarkan sebagai keputusan kes Epic Games menyaman Apple pada tahun 2020.

Epic Games Fortnite FreeFortnite A

juga tidak dibenarkan mengutip bayaran sekiranya pengguna melakukan pembayaran di luar App Store seperti yang dilakukan di negara Kesatuan Eropah (EU). Mereka juga tidak lagi dibenarkan menghalang pembangun memberitahu pengguna terdapat sistem pembayaran alternatif selain App Store.

CEO Epic Games, Tim Sweeney telahpun mengeluarkan kenyataan Fortnite akan kembali ke App Store seawal minggu depan. Beliau juga berjanji Epic Games akan menggugurkan litigasi semasa dan masa depan sekiranya Apple mengikut arahan yang dikeluarkan mahkamah.

Epic Games menyaman Apple dan Google selepas Fortnite dibuang daripada App Store dan Play Store pada tahun 2021. Alasan yang diberikan Apple dan Google ialah pembelian V-Buck yang memintas ekosistem pembayaran mereka melanggar terma dan syarat stor aplikasi.

Hanya beberapa minggu lalu Apple didenda €500 juta (RM 2.45 bilion) oleh Suruhanjaya Eropah (EC) kerana melanggar Akta Pasaran Digital (DMA). Tindakan Apple mengenakan bayaran €0.50 untuk setiap pemasangan aplikasi menerusi stor pihak ketiga didapati melanggar DMA.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link