
Apple Menghentikan Sejumlah Pekerja Pada Pasukan Jualan
Aman
Apple kini dilaporkan menghentikan sejumlah pekerja pada bahagian jualan, terutamanya yang memfokuskan kepada jualan perusahaan, perniagaan dan juga kepada agensi kerajaan. Angka penuh pekerja yang terkesan dengan langkah ini tidak diketahui buat masa ini.
Selain untuk bahagian jualan, penghentian pekerja ini juga turut melibatkan sejumlah pekerja yang menguruskan dan membuat demo produk kepada pelanggan-pelanggan perusahaan dan kerajaan.
Sebab utama disebaliknya tidak diketahui – selain daripada untuk jualan memfokuskan agensi kerajaan, dimana penjualan terkesan disebabkan penangguhan operasi kerajaan di Amerika Syarikat baru-baru ini.
Tahun 2025 ini menyaksikan pelbagai syarikat mengoptimasikan kos operasi masing-masing, termasuk syarikat gergasi seperti Apple, Microsoft, Amazon dan lain-lain. Di Malaysia sendiri, Petronas turut melakukan pengoptimasikan kos operasi mereka, yang memberikan kesan kepada sejumlah pekerja.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






