Apple Mengatakan Integrasi ChatGPT Pada Apple Intelligence Akan Guna GPT-5 Bermula iOS26
Aman
Melalui 9to5Mac, Apple mengatakan integrasi ChatGPT pada Apple Intelligence akan mengguna-pakai GPT-5 yang terbaru, bermula iOS 26, iPad OS 26, dan juga macOS 26. Walaupun tidak diberikan tarikh pengenalan kemaskini ini, ia dijangka tiba sekitar September atau Oktober kelak, berdasarkan pengenalan kemaskini oleh Apple selari pengenalan iPhone baharu yang biasanya berlaku pada September.

GPT-5 merupakan model kecerdasan buatan janaan baharu yang diperkenalkan OpenAI hari ini. Ia menawarkan sokongan yang lebih pintar dan beroperasi lebih pantas, termasuk sokongan pengaturcaraan lebih baik, matematik dan lain-lain informasi yang ditambah-baik. Ia juga kurang berhalusinasi, sekaligus mengurangkan janaan jawapan rekaan.
Selain melalui produk Apple, pengguna sudah boleh mengakses GPT-5 bermula hari ini di ChatGPT, selain turut mengaksesnya melalui Microsoft Copilot.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.