Apple Memintas Microsoft Sebagai Syarikat Dengan Nilai Pasaran Kedua Tertinggi
October 31, 2025
Effi Saharudin
Apple pagi ini memintas Microsoft sebagai syarikat dengan nilai pasaran tertinggi di dunia. Peningkatan saham selepas Apple mengumumkan peningkatan pendapatan pada suku lalu membolehkan ia mencapai nilai $4.027 trilion meletakkan di belakang NVIDIA yang kini bernilai $4.939 trilion. Status NVIDIA sebagai syarikat dengan nilai pasaran $5 trilion juga lesap selepas saham mereka kembali turun.

Tahun ini melihat Apple, Microsoft dan NVIDIA menjadi syarikat pertama berjaya mencapai nilai pasaran $4 trilion. Sungguhpun begitu juga ia adalah tahun yang cukup bergolak disebabkan oleh pengumuman Tarif Trump pada April yang menyebabkan saham puluhan syarikat jatuh mendadak semalaman.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






