Malaysia Oversight

Apple MacBook Pro 14-Inci M5 Kini Boleh Dibeli Di Malaysia – Bermula RM6,999

By Amanz in November 18, 2025 – Reading time 1 minute
Apple MacBook Pro 14-Inci M5 Kini Boleh Dibeli Di Malaysia – Bermula RM6,999


MacBook Pro 14-Inci M5 Kini Boleh Dibeli Di Malaysia – Bermula RM6,999

November 18, 2025

Aman

MacBook Pro 14″ dengan cip M5 kini akhirnya boleh dibeli di Malaysia selepas lebih sebulan dilancarkan. Jualan dibuka terlebih dahulu di atas talian menerusi laman Apple Malaysia dengan pembelian secara fizikal boleh dilakukan di Apple Store dan rakan penjual rasmi bermula esok.

Apple Macbook Pro 15 M5 A

MacBook Pro 14-Inci hadir dengan skrin 14.2″ Liquid Retina XDR, dipadankan dengan cip Apple M5, memori sehingga 32GB RAM, storan sehingga 4TB dan bateri yang boleh bertahan sehingga 24 jam. Pengecasan sehingga 96W turut disokong. Kamera pula sebesar 12MP dengan Center Stage untuk panggilan video.

Apple Macbook Pro 15 M5 B

Pilihan I/O ialah port pengecasan MagSafe 3, 3x USB-C Thunderbolt 4 , 1x HDMI, 1x pembaca kad SDXC dan 1x bicu audio 3.5mm. Speaker dengan audio spatial juga dikekalkan pada bahagian atas, papan kekunci Magic Keyboard bersama dengan pengimbas Touch ID pada butang kuasa. Tiada perubahan fizikal dilakukan jika dibandingkan MacBook Pro 14-inci M4 yang masih lagi dijual.

Apple Macbook Pro 15 M5 C

Di Malaysia, MacBook Pro 14-inci dengan cip M5 (16/512GB) ditawarkan pada harga RM6999 dengan ia meningkat ke RM 13,799 untuk model (32GB/ 4TB). Ini ialah model tanpa pilihan Nano texture pada skrin dan tanpa pengecas 96W USB-C.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link