Apple Lancarkan Aksesori Edisi Terhad Untuk Golongan OKU
Effi Saharudin
Beberapa minggu lalu Apple melancarkan beg bebat edisi khas dengan kerjasama Issey Miyaki. Aksesori yang hanya ditawarkan di beberapa Apple Store ini menerima kritikan di media sosial tetapi laku terjual seperti pisang goreng keju leleh. Semalam Apple melancarkan aksesori Hikawa Phone Grip & Stand yang direka untuk membantu golongan OKU yang mempunyai kesukaran memegang telefon.

Hikawa Phone Grip & Stand juga adalah edisi terhad yang hanya ditawarkan menerusi Apple secara atas talian di Amerika Syarikat. Bentuk aksesori agak aneh tetapi menerusi perekanya Bailey Hikawa, ia dicipta khusus untuk individu yang mengalami kesukaran memegang peranti dengan stabil.
Tujuan aksesori ini ditawarkan ialah bagi menyambut ulang tahun ke-40 Apple menyokong ciri ketercapaian pada produk keluaran mereka. Ia disambungkan ke belakang iPhone menggunakan sistem MagSafe. Hikawa Phone Grip & Stand dijual pada harga $69.95 (~RM 293) dalam warna Chartreuse dan Crater.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






