Malaysia Oversight

Apple iPad Pro KinI Dengan Cip M5 – Bermula RM4,499 Untuk 11-inci, RM5,799 Untuk 13-inci

By Amanz in October 15, 2025 – Reading time 1 minute
Apple iPad Pro KinI Dengan Cip M5 – Bermula RM4,499 Untuk 11-inci, RM5,799 Untuk 13-inci


Selain pengenalan komputer riba MacBook Pro 14-inci yang baharu, pihak hari ini turut memperkenalkan tablet berkuasa tinggi terbaru mereka, iaitu iPad Pro dengan cip Apple M5. Dengan kemaskini ini, ia menawarkan prestasi berganda berbanding model iPad Pro sebelum ini, terutamanya dari segi prestasi kecerdasan buatan.

iPad Pro 2025

Selain cip M5, iPad Pro juga turut hadir dengan cip Apple N1, iaitu cip teknologi nirwayar yang menyertakan pelbagai sokongan termasuk sokongan WiFi 7 dan Bluetooth 6. Tidak setakat itu, bersama dengannya adalah modem C1X yang menyertakan pretasi 50% lebih baik untuk sambungan data selular.

iPad Pro hadir dalam pilihan 11-inci dan juga 13-inci, dimana kedua-duanya hadir dengan panel Ultra Retina XDR. mengatakan kedua-dua model ini lebih ringan dan nipis berbanding sebelum ini. Ia juga menyertakan sokongan kecerahan 1000-nits pada kadar kecerahan penuh, dan sehingga 1600-nits untuk HDR. Panel pada tablet ini juga menyertakan sokongan kadar segar semula 120Hz.

iPad Pro Baru

Melengkapkan tablet ini adalah sistem operasi iPadOS 26 yang hadir dengan antaramuka Liquid Glass. Kedua-dua model menyokong input menggunakan Apple Pencil. Kedua-dua model ditawarkan dengan storan bermula 256GB.

Di Malaysia, iPad Pro 11-inci disenaraikan bermula RM4499 untuk versi WiFi dan RM5399 untuk versi selular. iPad Pro 13-inci pula ditawarkan bermula RM5,799 untuk versi WiFi dan RM6699 untuk versi selular. Kedua-duanya belum ditawarkan dan dijangka dibuka pra-tempahan tidak lama lagi.



Source link