Malaysia Oversight

Apple iOS 26 Dengan Antaramuka Liquid Glass Kini Sedia Dimuat-Turun Semua Pengguna iPhone

By Amanz in September 16, 2025 – Reading time 1 minute
Apple iOS 26 Dengan Antaramuka Liquid Glass Kini Sedia Dimuat-Turun Semua Pengguna iPhone


iOS 26 Dengan Antaramuka Liquid Glass Kini Sedia Dimuat-Turun Semua Pengguna

September 16, 2025

Aman

kini telah mula menawarkan kemaskini sistem operasi iOS 26 kepada semua pengguna seluruh dunia, sekaligus menawarkan sejumlah ciri-ciri baharu bersama dengannya. iOS 26 ini ditawarkan kepada mereka yang menggunakan 11 dan terkini, atau SE2 dan terkini.

Apple iOS 26

Menjadi fokus utama pada kemaskini ini adalah antaramuka Liquid Glass yang hadir bersama-sama dengannya, sekaligus menawarkan kemaskini antaramuka yang besar berbanding sebelum ini. Ia memberikan efek dan kesan khas seperti pada kaca. Ia dilihat sejumlah elemen turut hadir daripada VisionOS, iaitu sistem operasi Apple untuk set kepala mereka.

iOS 26 turut menyertakan ciri menapis panggilan, memerlukan pemanggil yang tidak dikenali untuk memberikan nama dan tujuan panggilan, sebelum iPhone anda berdering. Aplikasi Messages turut ditambah-baik dengan penawaran seperti aplikasi permesejan lain, termasuk kebolehan mengubah gambar latar permesejan.

Apple kurang memberikan penekanan pada penawaran integrasi kecerdasan buatan pada tahun ini, berkemungkinan tidak ingin mengulangi janji Apple Intelligence dan Siri yang masih belum ditunaikan.

Bagi anda yang menggunakan iPhone, boleh memulakan proses kemaskini dengan ke halaman Settings > General > Software Update hari ini.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link