Malaysia Oversight

Apple Diramalkan Menjual iPhone Lipat Pada 2026

By Amanz in December 19, 2025 – Reading time 1 minute
Apple Diramalkan Menjual iPhone Lipat Pada 2026


Diramalkan Menjual Lipat Pada 2026

December 19, 2025

Effi Saharudin

Semalam lukisan CAD untuk lipat tertiris menunjukkan dimensi seakan peranti Z Flip tetapi dengan skrin sekunder seakan sebuah Z Fold. Rekaan yang agak aneh ini membuatkan ia mirip sebuah Oppo Find N generasi pertama. Hari ini penganalisa terkemuka Ming-Chi Kuo mengatakan Fold” akan dilancarkan secara rasmi pada H2 2026.

Apple iPhone Flip Fold Lipat

Kuo menambah ia akan dikeluarkan dalam jumlah yang terhad di peringkat awal kerana ia merupakan produk generasi pertama dengan penawaran secara meluas dan stabil hanya akan berlaku pada tahun 2027. Pembangunan iPhone lipat telah didengari sejak 2018 dengan ia mengalami beberapa isu seperti skrin yang masih mempunyai kesan lipatan dan memperhalusi rekaan akhir.

Lukisan CAD semalam mengesahkan iPhone lipat ini akan kelihatan seperti sebuah iPad Mini apabila dibuka dan iPhone generasi pertama apabila ditutup. Skrin luar sebesar 5.3″ manakala skrin dalam pula 7.7″. Ia akan dilancarkan sempena ulang tahun ke-20 iPhone pertama dilancarkan.



Source link