Malaysia Oversight

Apple Dilaporkan Tangguh Pembangunan Vision Pro Ringan Untuk Menghasilkan Cermin Mata Pintar

By Amanz in October 2, 2025 – Reading time 1 minute
Apple Dilaporkan Tangguh Pembangunan Vision Pro Ringan Untuk Menghasilkan Cermin Mata Pintar


Dilaporkan Tangguh Pembangunan Vision Pro Ringan Untuk Menghasilkan Cermin Mata Pintar

October 2, 2025

Effi Saharudin

sejak tiga tahun kebelakangan ini perlu bermain kejar-kejar dengan pesaing yang melakukan inovasi besar dalam dunia kecerdasan buatan (AI) dan cermin mata pintar. Taruhan dalam dunia metamesta menerusi Vision Pro tidak mencapai sasaran dengan jualan kekal mengecewakan. Dalam laporan terkini Bloomberg, Apple dikatakan menangguhkan pembangunan Vision Pro yang ringan bagi memberikan laluan kepada penghasilan cermin mata pintar.

Sebelum ini muncul laporan Vision Pro baharu, Vision Pro mampu milik dan cermin mata pintar Apple sedang dibangunkan serentak. Tetapi dengan pesaing seperti Meta, Google, Samsung dan Xiaomi sudah melancarkan (atau akan melancarkan dalam masa terdekat) cermin mata pintar mereka, Apple perlu memberikan tumpuan lebih untuk menghasilkan “Apple Glass”.

APple Glass

Cermin mata pintar dibangunkan menggunakan kod dalaman N50. Ia perlu dipadankan dengan , tidak dilengkapi skrin terbina tetapi mempunyai kamera. Ia adalah lebih mirip Ray-Ban Meta generasi pertama dan akan dilancarkan menjelang 2027. Oleh sebab itu pelancaran Vision Pro yang lebih ringan hanya akan dilakukan selepas 2027. Selepas N50, sepasang cermin mata pintar baharu akan dilancarkan dengan skrin terbina.

Meta mendominasi pasaran cermin mata pintar menerusi Ray-Ban Meta dan Meta Ray-Ban Display yang dilancarkan baru-baru ini dijangka membesarkan lagi pegangan mereka kerana masih tiada pesaing sebenar di pasaran. Cermin mata pintar buatan tidak ke pasaran global sementara Google serta Samsung hanya akan melancarkan produk mereka tahun depan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link