Malaysia Oversight

Apple Dilaporkan Mungkin Tidak Perkenal iPhone Air 2 Pada Tahun Hadapan

By Amanz in November 11, 2025 – Reading time 1 minute
Apple Dilaporkan Mungkin Tidak Perkenal iPhone Air 2 Pada Tahun Hadapan


Dilaporkan Mungkin Tidak Perkenal Air 2 Pada Tahun Hadapan

November 11, 2025

Aman

Jualan Air sedia dikatakan adalah rendah dan tidak seperti dijangka sebelum ini, dimana ia dikatakan telah mula mengurangkan pengeluarannya. Kini, laporan lanjutan hadir menyatakan Apple mungkin tidak perkenal Air 2 pada tahun 2026.

Menurut laporan TheInformation, Apple hanya akan memfokuskan pengenalan iPhone 18 Pro, iPhone 18 Pro Max dan mungkin iPhone boleh-lipat pada September 2026 kelak. Sementara iPhone 18 dan iPhone 18E dijangka dilancarkan pada pertengahan pertama 2027.

iPhone Air

Untuk iPhone Air pula, perancangannya masih samar-samar buat masa ini. Sebelum ini, ia dikatakan Apple menyasarkan rekaan lebih ringan dan kapasiti bateri lebih tinggi pada kemaskini akan datang. Laporan sebelum ini turut menyatakan iPhone Air 2 mungkin menyertakan dwi-kamera belakang. Namun, dengan permintaan yang tidak mencapai sasaran, perancangan untuk siri berkenaan kini sedang dinilai semula.

Sebelum ini juga, Apple telah membatalkan dua lagi siri iPhone sebelum iPhone Air, iaitu siri iPhone Mini dan juga iPhone Plus. Apa pun, ia dikatakan terdapat kebarangkalian Apple masih memperkenalkan kemaskini untuk model berkenaan menjelang 2027 kelak.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link