Apple Dilaporkan Memfokuskan Kualiti Dan Prestasi Melalui Kemaskini iOS 27 Akan Datang
Aman
Apple pada tahun ini sedia memperkenalkan kemaskini antaramuka pada sistem operasi mereka, melalui apa yang dinamakan Liquid Glass. Bergerak kehadapan, kini laporan awal berkenaan sistem operasi versi akan datang mula kedengaran.
Menurut laporan Bloomberg, Apple dikatakan akan memfokuskan kepada menambah-baik kualiti perisian dan juga prestasinya melalui kemaskini “27” akan datang, meliputi iOS 27, macOS 27, iPadOS 27 dan lain-lain.

Disamping itu, beberapa integrasi berasaskan kecerdasan buatan dijangka turut ditambah pada sistem operasi akan datang – salah satu arena yang Apple dilihat agak ketinggalan berbanding yang lain. Sebelum ini, ia telah diperkatakan Apple akan bekerjasama dengan Google untuk tujuan pembangunan model kecerdasan buatan mereka.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan kemaskini sistem operasi Apple akan datang, dan apakah ia akan memposisikan Apple sebagai peneraju kembali atau sebaliknya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






