Apple Dilaporkan Ingin Membawa Sokongan Penggunaan Apple Maps Melalui Satelit
Aman
Apple pada hari ini sedia menawarkan ciri komunikasi melalui satelit untuk tujuan kecemasan, terutamanya di lokasi yang tidak mempunyai capaian WiFi atau rangkaian telekomunikasi. Menurut laporan Bloomberg hari ini, Apple dikatakan akan memperluaskan ciri komunikasi satelit ke beberapa fungsi dan penggunaan lain.
Salah satunya adalah sokongan navigasi pada Apple Maps menggunakan satelit, memudahkan pengguna terus menggunakan ciri pemetaan berkenaan walau tiada sokongan selular dan WiFI di sesuatu kawasan. Ini sekaligus membolehkan pengguna terus menggunakan Apple Maps sekiranya sesat disesuatu lokasi tanpa rangkaian.

Disamping itu, Apple juga sedang pertimbang untuk fungsi penghantaran gambar melalui Messages menggunakan satelit, dan juga penggunaan rangkaian 5G melalui satelit dimana menara pemancar telekomunikasi menggunakan satelit untuk liputan lebih meluas.
Walaubagaimanapun, penawaran ciri satelit ini masih terhad di beberapa buah negara sahaja, dan masih belum ditawarkan meluas. Mungkin dengan fokus terhadap ciri rangkaian ini, kita akan melihat ia diperluaskan ke negara-negara lain. Untuk makluman, sebelum ini Apple sedia mendana Globalstar untuk pembangunan infrastruktur rangkaian satelit ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






