Malaysia Oversight

Apple Dilaporkan Dalam Persiapan Untuk CEO Baharu Menggantikan Tim Cook Seawal 2026

By Amanz in November 15, 2025 – Reading time 1 minute
Apple Dilaporkan Dalam Persiapan Untuk CEO Baharu Menggantikan Tim Cook Seawal 2026


Dilaporkan Dalam Persiapan Untuk CEO Baharu Menggantikan Tim Cook Seawal 2026

November 15, 2025

Aman

kini dilaporkan dalam persiapan dan perancangan untuk menggantikan Tim Cook sebagai Ketua Pegawai Eksekutif atau CEO Apple, seawal tahun hadapan. Buat masa ini, pihak Apple tidak mengeluarkan komen rasmi berkaitan laporan terbaru Financial Times ini.

Tim Cook

Tim Cook sedia menerajui Apple selama lebih 14 tahun, membawa Apple menjadi syarikat bernilai melangkaui $4 trilion. Tim Cook dijangka masih kekal mengumumkan penyata kewangan yang dijadualkan pada penghujung Januari 2026 kelak.

Beberapa nama dikatakan mungkin menggantikan Tim Cook, dan salah satu nama yang sering diperkatakan adalah John Ternus yang menerajui kejuruteraan perkakasan di Apple.

Peralihan ini juga dilihat selari dengan langkah Apple untuk memasuki fasa seterusnya syarikat tersebut, dengan memfokuskan kepada kecerdasan buatan dan pelbagai penawaran lain baharu kepada pengguna.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link