Malaysia Oversight

Apple Dilaporkan Akan Membayar $1 Bilion Setahun Untuk Guna Model Khas Gemini Menguasakan Siri

By Amanz in November 6, 2025 – Reading time 1 minute
Apple Dilaporkan Akan Membayar $1 Bilion Setahun Untuk Guna Model Khas Gemini Menguasakan Siri



iPhone 16 Suntingan Amanz Nirtakuk

Dilaporkan Akan Membayar $1 Bilion Setahun Untuk Guna Model Khas Gemini Menguasakan Siri

November 6, 2025

Aman

Sebelum ini, kita sedia mendengar laporan mengatakan akan bekerjasama dengan Google dalam membangunkan sebuah model kecerdasan buatan Gemini khas, yang akan menguasakan pembantu maya mereka, Siri. Lanjutan daripadanya, kini ia dilaporkan Apple akan membayar sekitar $1 bilion kepada Google untuk tujuan berkenaan.

Apple dijangka menggunakan versi 1.2 trilion parameter dalam menguasakan Siri baharu berkenaan, membolehkan Siri menjalankan pelbagai tugasan melaluinya. Model ini akan dijalankan pada pelayan peribadi Apple, dalam usaha memastikan privasi terjaga, selain turut dioptimasikan untuk pengguna berasaskan peraturan tempatan sana.

Pada masa yang sama, Apple dikatakan akan terus membangunkan model mereka, dan penggunaan model Google ini adalah sementara dalam menyelesaikan masalah kelewatan dan teknikal pembangunan yang dihadapi oleh Apple.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link