Malaysia Oversight

Apple Akan Menawarkan Stor Aplikasi Pihak Ketiga Di Brazil

By Amanz in December 24, 2025 – Reading time 1 minute
Apple Akan Menawarkan Stor Aplikasi Pihak Ketiga Di Brazil


Akan Menawarkan Stor Aplikasi Pihak Ketiga Di Brazil

December 24, 2025

Effi Saharudin

Brazil menjadi pasaran kedua selepas Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun yang menerima sokongan stor aplikasi pihak ketiga pada peranti . Ini selepas Majlis Pentadbiran untuk Pertahanan Ekonomi (CADE) mengatakan Apple bersetuju dengan arahan yang diberikan selepas didapati bersalah menyalahgunakan kedudukan dominan mereka dalam pasaran penyebaran aplikasi iOS di Brazil.

Brazil APple App Store

Apple disiasat di Brazil selepas aduan difailkan oleh Mercado Libre Group pada tahun 2022.. Pilihan melakukan pembayaran di luar ekosistem App Store turut boleh dilakukan dengan pilihan baharu menerusi pihak ketiga atau daripada laman web pembangun aplikasi.

Apple diberikan tempoh selama 105 hari untuk melakukan perubahan yang diminta oleh pihak berkuasa Brazil. Kegagalan memenuhi arahan ini akan menyebabkan Apple boleh didenda sebanyak BRL 150 juta (~RM 110 juta).

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link