Apple Akan Melangkau Terus Ke iPhone 20 Pada Tahun 2027 Sempena Ulang Tahun Ke-20
Effi Saharudin
Tahun ini semua angka versi sistem operasi Apple melangkau terus ke 26 bagi menyeragamkan dan mengurangkan kekeliruan. Seterusnya yang akan dilangkau ialah nama iPhone yang akan dilancarkan pada tahun 2027. Sepatutnya ia menggunakan nama iPhone 19 tetapi menurut laporan Etnews, Apple akan melangkau terus ke iPhone 20.

Ini kerana pada tahun 2027, iPhone akan menyambut ulang tahunnya yang ke-20. Sempena ulang tahun yang cukup bermakna ini, nama peranti akan diselaraskan dengan usianya. Ini bukanlah tindakan yang aneh kerana Samsung sejak 2020 menyeragamkan angka siri Galaxy S selari dengan tahun ia dilancarkan. Xiaomi juga melakukan perkara yang sama tetapi sekadar mengikut angka versi iPhone.
Terdapat banyak ura-ura mengenai iPhone 20 seperti ia akan ditawarkan tanpa sebarang port pengecasan dan hanya menyokong MagSafe. Wujud juga ura-ura iPhone boleh dilipat pertama akan turut dilancarkan sempena ulang tahun ke-20.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






