Apple AirTag Dikemaskini Dengan Sokongan Jarak Lebih Jauh, Dan Speaker Lebih Kuat
Aman
Apple hari ini memperkenalkan kemaskini untuk Apple AirTag, selepas versi pertama ditawarkan sejak lima tahun lepas. Versi baharu AirTag ini mengekalkan rekaan seperti generasi pertama, tetapi hadir dengan kemaskini dari segi jarak penjejakkan, serta sokongan speaker lebih kuat.

AirTag sedia digunakan ramai dengan memasangnya pada beg, kasut, dan sebagainya, sekaligus memudahkan penjejakkan barangan melalui penggunaan Apple Find My. AirTag generasi baru ini hadir dengan cip Ultra Wideband baharu seperti digunakan pada siri iPhone 17 lepas – sekaligus menawarkan jarak penjejakkan sehingga 50% lebih jauh berbanding sebelumnya. AirTag baharu ini turut dikatakan 50% lebih kuat berbunyi melalui speaker berbanding sebelumnya, sekaligus memudahkan penemuan.
AirTag ditawarkan pada harga RM129 setiap satu, atau RM429 untuk berkas yang menyertakan empat AirTag. Versi generasi baharu ini dijangka ditawarkan tidak lama lagi di Malaysia. AirTag baharu ini boleh digunakan bersama ioS 26 dan terkini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






