Aplikasi Daun Dikemaskini Dengan Antaramuka Baharu – Sedia Di Muat-Turun Pengguna Android Dan iPhone
Aman
Daun, salah satu platform sosial tempatan kini telah memperkenalkan kemaskini baharu untuk aplikasi mudah-alih di Android dan iPhone. Kemaskini baharu ini membawakan perubahan besar dari segi antaramuka.


Antaramuka yang dibawakan kini adalah lebih kemas, selain menawarkan lebih ruangan dalam memberikan keselesaan kepada pengguna ketika menggunakannya. Ia masih mengekalkan ciri seperti perkongsian kandungan dalam bentuk teks dan gambar, selain memudahkan pengguna mengikuti pelbagai perkembangan dan berita semasa melalui tab khusus.
Bagi anda yang menggunakan peranti Android atau iPhone, boleh memuat-turun aplikasi Daun baharu ini di Google Play Store atau Apple App Store, dan memulakan perkongsian pengetahuan, pandangan dan juga pengalaman melaluinya.






