Apa Itu AI Berejen?
Penulis Tamu
Salah satu terma yang hangat diperkatakan kebelakangan ini adalah Agentic AI atau AI berejen. Ia dilihat sebagai perkembangan seterusnya dalam arena kecerdasan buatan yang untuk beberapa tahun ini kita kenali sebagai chatbot bersama integrasi model bahasa raya sahaja.

Secara ringkasnya, AI berjen adalah sistem AI yang boleh menetapkan beberapa matlamat, melakukan keputusan untuk pengguna, serta melakukan tugasan bagi pihak pengguna. Dengan penggunaan sistem AI berejen, ia membolehkan pengguna melakukan tugasan dengan lebih pantas, dan sistem AI sendiri tidak perlu menantikan arahan untuk setiap langkah, sebaliknya boleh lakukan perancangan dan melaksanakan tugasan.
Dengan penggunaan AI berejen ini, ia membolehkan kecerdasan buatan beroperasi dengan lebih pintar berasaskan kepada sesuatu konteks.
Beberapa syarikat kini berlumba dalam penawaran sistem AI berejen yang menyeluruh kepada para pengguna. Antara syarikat yang dilihat menerajui arena ini adalah Google melalui ciri yang diumumkan baru-baru ini, Personal Intelligence yang boleh menghimpunkan pelbagai data pengguna daripada pelbagai sumber seperti GMail, Google Photos, YouTube dan sebagainya, sekaligus menawarkan hasil keputusan berasaskan konteks dengan lebih baik. Penyedia peranti seperti Samsung dan lain-lain dijangka akan mengimplementasinya pada peranti masing-masing bergerak kehadapan.
Disamping untuk pengguna, sistem AI berejen juga dijangka akan menguntungkan para perniagaan. Ia boleh beroperasi secara kendiri dalam hal khidmat pelanggan, menyokong dalam pemasaran, menyokong untuk melakukan kajian, dan hal-hal lain.
Dengan perkembangan arena kecerdasan buatan ini, sama-sama kita nantikan apakah lagi pembaharuan yang bakal kita lihat melalui sistem AI berejen ini dalam masa terdekat.






