Malaysia Oversight

Anthropic Lancarkan Claude for Healthcare Untuk Data Kesihatan Peribadi

By Amanz in January 12, 2026 – Reading time 1 minute
Anthropic Lancarkan Claude for Healthcare Untuk Data Kesihatan Peribadi


Anthropic Lancarkan Claude for Healthcare Untuk Data Kesihatan Peribadi

January 12, 2026
Kecerdasan Buatan

Effi Saharudin

Setelah seminggu ChatGPT Health dilancarkan, pagi ini Anthropic melancarkan Claude for Healthcare dengan kemampuan yang sama. Claude for Healthcare membolehkan penyedia kesihatan, pembayar insurans, dan pengguna menggunakan Claude dalam konteks perubatan dengan ia mematuhi udang-undang HIPAA memastikan privasi data peribadi pengguna dilindungi.

Claude for Healthcare A

Ia menggunakan model Opus 4.5 dengan ia boleh digunakan untuk mempercepatkan proses permintaan supaya pesakit boleh rawatan dengan lebih pantas, membantu penyelarasan penjagaan pesakit untuk mengurangkan tekanan pada masa doktor, dan membantu mempercepatkan proses mendapatkan kelulusan supaya ubat-ubatan yang menyelamatkan nyawa boleh dipasarkan dengan lebih cepat.

Pelanggan Claude Pro dan Max di Amerika Starikat boleh membenarkan Claude mengakses rekod kesihatan dan laporan makmal. Data  Health dan Android Health juga akan mula diintegrasikan ke dalam aplikasi Claude di iOS dan Android dalam ujian beta.



Source link