Malaysia Oversight

Ant, Pelabur TNG eWallet Menyatakan Sokongan Untuk UCP Oleh Google – Integrasi Beli-Belah Pada Chatbot AI

By Amanz in January 12, 2026 – Reading time 1 minute
Ant, Pelabur TNG eWallet Menyatakan Sokongan Untuk UCP Oleh Google – Integrasi Beli-Belah Pada Chatbot AI


Ant, Pelabur TNG eWallet Menyatakan Sokongan Untuk UCP Oleh Google – Integrasi Beli-Belah Pada Chatbot AI

January 12, 2026
Google
Kewangan

Aman

Ant International kini menyatakan sokongan terhadap piawaian yang ditawarkan oleh Google, iaitu Universal Commerce Protocol. Melaluinya, ia merupakan piawaian terbuka dalam pembangunan integrasi dagangan sebagai agen AI.

Ant International

Ini sekaligus akan memperlihatkan penawaran dan integrasi sokongan pembayaran oleh Ant International melalui agen AI pada chatbot seperti Google Gemini. Dibawah piawaian yang dibangunkan berkenaan, ia membolehkan perkhidmatan AI seperti Gemini memahami pertanyaan pengguna dan melakukan pembayaran dan tempahan. Segalanya dilakukan melalui antaramuka perbualan chatbot.

Piawaian ini diumumkan Google hari ini, selari jangkaan ramai menyatakan dagangan menggunakan AI akan menjadi salah satu sektor utama dalam beberapa tahun akan datang. Pengguna boleh melakukan pertanyaan dan perbandingan, seterusnya memilih produk akhir untuk belian.

Dengan langkah sokongan yang dinyatakan oleh Ant ini, kita juga mungkin melihat integrasi sama dibangunkan oleh TNG eWallet, sekaligus memudahkan pengguna tempatan melakukan pembelian menggunakan chatbot AI.

TNG Digital
Struktur pegangan pada TNG Digital



Source link