Malaysia Oversight

Anker Hadir Dengan Peranti AI Yang Boleh Merakam Perbualan Dan Merumuskannya

By Amanz in January 19, 2026 – Reading time 1 minute
Anker Hadir Dengan Peranti AI Yang Boleh Merakam Perbualan Dan Merumuskannya


Anker Hadir Dengan Peranti AI Yang Boleh Merakam Perbualan Dan Merumuskannya

January 19, 2026
Peranti

Aman

Anker yang terkenal dengan penawaran bank kuasa, turut mempunyai beberapa aksesori lain dibawah mereka. Terbaru, di mereka turut bereksperimen dengan Feishu untuk menawarkan sebuah peranti rakaman dikuasakan AI.

Anker Kolar AI

Peranti yang ditawarkan Anker ini bersaiz kecil dan kompak, boleh dipakaikan pada kolar baju, mahupun pada saku. Peranti berkenaan seterusnya akan merakam ketika dalam mesyuarat dan lain-lain, seterusnya menjana nota dan minit mesyuarat secara automatik. Ia menggunakan model dibangunkan oleh ByteDance untuk tujuan AI.

Anker Kolar

Melalui integrasi sokongan kecerdasan buatan, ia turut boleh menghasilkan rumusan akhir, selain menjana rumusan dalam bentuk carta dan lain-lain. Peranti AI ini dikatakan mampu beroperasi selama 32 jam pada kuasa bateri, dan mempunyai ruangan storan sebesar 8GB, boleh menyimpan hasil rakaman selama sehingga 250 jam.

Buat masa ini, ia mungkin lebih ke arah eksperimental, dan tidak mustahil sekiranya ramai inginkannya, Anker akan menghasilkan ia dalam kuantiti lebih tinggi. Produk ini eksklusif untuk pasaran sahaja buat masa ini.



Source link