Amerika Syarikat Mahu Mengharamkan Teknologi China Daripada Kabel Dasar Laut Mereka
July 17, 2025
•
Nazrin
Kabel dasar laut merupakan salah satu daripada teknologi paling penting untuk dunia internet hari ini kerana ia bertanggungjawab untuk menguasakan rangkaian internet global dari satu benua ke benua yang lain.
Terkini, pihak Federal Communication Commission di Amerika Syarikat telah mengumumkan bahawa kerajaan negara tersebut mahu mengharamkan penggunaan teknologi dari negara China untuk kabel-kabel dasar laut yang disambungkan ke Amerika Syarikat.

Pihak FCC akan mengundi untuk meluluskan undang-undang ini pada awal bulan Ogos 2025, dan sekiranya ia diluluskan, akan membenarkan untuk pihak FCC mengharamkan komponen-komponen daripada senarai syarikat terlarang mereka daripada digunakan pada kabel-kabel tersebut.
Ia dilaporkan bahawa undang-undang ini akan membantu syarikat-syarikat Amerika Syarikat sendiri untuk membekalkan komponen-komponen untuk kabel dasar laut tersebut, dan untuk memastikan bahawa paket data yang masuk ke negara adalah selamat.
Perkara ini juga termasuklah untuk memberikan insentif untuk menggunakan kapal laut dan kapal selam milik syarikat Amerika Syarikat untuk tujuan pembaikpulihan ataupun penyelenggaraan kabel-kabel dasar laut ini.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.