Malaysia Oversight

Amerika Syarikat Dilaporkan Ingin Mengehadkan Penghantaran Cip AI Ke Malaysia

By Amanz in July 5, 2025 – Reading time 2 minute
Amerika Pertimbang Membatalkan Halangan Akses Cip AI Mengikut Kategori Negara


Perkakasan

Amerika Syarikat Dilaporkan Ingin Mengehadkan Penghantaran Cip AI Ke Malaysia

July 4, 2025

Aman

Amerika Syarikat kini dilaporkan merancang untuk mengehadkan penghantaran cip kecerdasan buatan ke Malaysia dan Thailand. Langkah ini dikatakan diambil dalam usaha mengurangkan kebocoran cip dan semikonduktor kepada pihak , melalui negara-negara di Asia Tenggara. Beberapa perkara dijangka diperkenalkan selari dengan perubahan baharu ini, termasuk kawalan eksport yang memerlukan kebenaran pihak berkuasa terlebih dahulu, atau dalam bentuk keperluan perlesenan khas.

Untuk makluman, Amerika Syarikat sedia mengharamkan jualan cip kecerdasan buatan, seperti oleh NVIDIA kepada pihak . Namun, ia didapati menggunakan kaedah lain dalam mendapatkan akses cip berkenaan, termasuk melalui rantau Asia Tenggara ini. Sebelum ini terdapat laporan mengatakan cip AI dan pelayan diseludup, tetapi ia adalah dari Singapura menerusi Malaysia.

Sejak tahun 2023, Amerika telah sedia mengehadkan akses cip dan semikonduktor keluaran syarikat di negara mereka ke beberapa negara, termasuk Timur Tengah. Malah, sebelum ini, Amerika telah perkenalkan tiga tahap halangan dagangan berbeza, dan ketika itu, Malaysia dikategorikan dibawah kategori kedua dengan beberapa had.

Screenshot 2025 01 10 at 3.57.46%E2%80%AFPM
Grafik :Bloomberg

Ia dikatakan Amerika Syarikat sedang mempertimbangkan beberapa kaedah dalam mengawal perkara ini, termasuk memerlukan lesen atau kebenaran khas oleh Malaysia dan Thailand sebelum dapat membeli cip AI berkenaan. Berkemungkinan juga, syarikat Amerika yang berpusat dan menggunakannya di rantau ini akan dikecualikan daripada keperluan berkenaan.

Apa pun, ia dilaporkan langkah-langkah ini masih pada peringkat perbincangan dan belum dimuktamadkan lagi. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan hal ini.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link